USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM TERIMA ANUGERAH ANAK SARAWAK

grhgtrh

KUCHING, 3 Sept 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi berjaya mencatat nama apabila berjaya mendapat pengiktirafan menerusi pensyarahnya Profesor Madya Dr. Doblin Sandai di Majlis Anugerah Anak Sarawak ke-9 yang diadakan sempena dengan persidangan 'The Business Events Tribal Meet’ (TriBE 2018) yang berlangsung pada 24 Ogos yang lalu, di sini.

Majis anugerah yang merupakan inisiatif Biro Konvensyen Sarawak (SCB) ini adalah bertujuan untuk menghargai pencapaian anak Negeri Sarawak dan juga sesiapa sahaja yang telah menaikkan nama Sarawak di peringkat nasional dan antarabangsa dalam sektor ekonomi, pendidikan, fasiliti, rekreasi dan sebagainya.

Doblin menerima anugerah International Convention Scholarship Award (ICSA) yang telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak, Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Toyad.

ICSA merupakan anugerah yang diberikan kepada individu yang telah mempromosi Negeri Sarawak melalui penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa dengan penyertaan seramai mungkin peserta dari luar Sarawak.

ghdryt

Menurut Doblin, beliau sangat terharu dengan anugerah tersebut dan berazam untuk menaikkan nama Sarawak dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang sains dan teknologi sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang pensyarah dan saintis.

Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang adalah pakar dalam bidang infektomik, iaitu bidang kajian penyakit berjangkit yang melibatkan jangkitan mikrob.

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid/Foto: Biro Konvensyen Sarawak


  • Created on .
  • Hits: 1150

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024