USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ISDEV USM LAKSANA IBADAH KORBAN BERSAMA PELAJAR

jkvkj

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos 2018 – Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam Universiti Sains Malaysia (ISDEV) telah menganjurkan majlis ibadah korban dan kenduri buat kali keempat pada tahun ini di An Nur Agro Farm, Cawangan Kampung Pelet, Bukit Mertajam hari ini.

Menurut Pengarah Program yang juga merupakan pelajar tahun ketiga ISDEV, Ismail bin Ibrahim, di samping melaksanakan ibadah korban, pelajar juga dapat mempraktikkan kaedah penyembelihan yang betul selain mendapat ilmu teori yang dikongsikan pensyarah mereka sepanjang sesi ini berlangsung.

thtgh

“Program ini merupakan majlis korban dan kenduri yang wajib diadakan setiap tahun dan ia dikhususkan kepada para pelajar Ijazah Sarjana di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam USM,” jelasnya.

Tambahnya, mereka diwajibkan untuk menyertai ibadah ini kerana ia adalah sebahagian daripada kerja kursus dan melibatkan pengagihan markah yang akan diberikan oleh pensyarah sepanjang penyertaan ibadah berlangsung.

Bagi salah seorang pelajar, Nur Azura, Ini adalah pengalaman yang baru baginya kerana tidak semua universiti dapat menganjurkan dan memberi pendedahan mengenai kursus ibadah korban ini diadakan yang melibatkan penyertaan antara pelajar bersama penduduk kampung.

yyjfy

Sementara itu bagi pelajar Ijazah Kedoktoran semester kedua, Siti Mariam Idris pula, beliau berbesar hati menyertai program ini walaupun kursus ini diwajibkan hanya kepada pelajar Ijazah Sarjana tetapi pelajar Ijazah Kedoktoran juga turut dijemput bagi meraikan majlis ini serta ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar dan pensyarah.

Majlis ini dimulakan dengan ibadah penyembelihan tiga ekor lembu oleh qariah kawasan tersebut dan pelajar pula dikehendaki untuk memotong dan mengagihkan daging tersebut kepada penduduk kampung.

yujkfhyjgfy

Kenduri bersama hampir 250 penduduk di Kampung Pelet, Bukit Mertajam pula diadakan di sebelah petangnya.

Program hari ini dijayakan dengan bantuan daripada pihak An Nur Agro Farm Cawangan Kampung Pelet Bukit Mertajam dan melibatkan seramai 50 pelajar dan 10 pensyarah dari ISDEV USM.

hykj

Yang turut hadir ialah Pengarah ISDEV, Profesor Madya Dr. Zakaria Bin Bahari.

Teks Asal : Puteri Najwa
Suntingan : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1261

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024