USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

101 PEGAWAI KADET KOR SISPA USM DITAULIAHKAN

39024184 1904468969614127 7146614147893952512 n

NILAI, 12 Ogos 2018 – Seramai 101 Pegawai Kadet Sispa (PKS) Kor Sispa Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menamatkan latihan dan dianugerahkan pangkat Leftenan Muda (PA).

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 73 orang PKS ditauliahkan di dalam Majlis Pentauliahan Kor Siswa Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali ke-9 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

38955116 1904468772947480 7250814757484101632 n

39057696 1904468689614155 8746293129813950464 n

Selebihnya akan ditauliahkan dalam majlis rasmi yang akan diadakan di USM dalam masa terdekat.Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir yang mewakili Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik.

Dengan bertemakan "Merakyatkan Pertahanan Awam", seramai 818 PKS Kor Sispa bagi 26 Institusi Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) ditauliahkan di dalam majlis ini.

38992247 1904311049629919 4827549872133505024 n

Majlis pentauliahan kali ini sangat bermakna kerana ini merupakan kumpulan pertama Kor Sispa USM dari Kampus Induk ditauliahkan.

Di dalam majlis ini, Lt. M (PA) Muhammad Ikram Ab Rahman (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) telah dianugerahkan sebagai Kadet Terbaik Kor Sispa USM.

39077374 1904468962947461 8220692512646365184 n

Menurut beliau, cabaran menggalas tanggungjawab sebagai PKS Tinggi dan PKS Rujukan adalah tinggi dan mencabar memandangkan beliau dan rakan-rakan adalah kumpulan pertama di USM Kampus Induk.

“Walau bagaimanapun, dengan semangat dan minat yang tinggi, beliau mampu menggalas tanggungjawab tersebut sehingga tamat selama tiga tahun ini,” tambahnya.

39026981 1904468676280823 5784167826302435328 n

Pasukan Kor Sispa USM diketuai oleh Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr Ahmad Tajuddin Othman, Timbalan Komandan hadir mewakili Komandan serta diiringi oleh Ajutan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr Mohamad Haafiz Mohamad Kassim dan Kapten Bersekutu (PA) Mohd Jaya Mohd Johan.

Teks: Kapten Bersekutu (PA) Mohd Jaya Mohd Johan & Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 2326

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024