USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERAKSI PENUH SEMANGAT DALAM MASUM FASA 1, MEMBAWA PULANG 9 PINGAT

hggtrh

PULAU PINANG, 25 Julai 2018 – Atlet-atlet Universiti Sains Malaysia (USM) telah beraksi dengan penuh semangat di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2018 Fasa 1 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini, dengan membawa pulang 9 pingat iaitu 2 Emas, 1 Perak dan 6 Gangsa.

Dengan pungutan pingat itu, meletakkan USM di kedudukan keempat secara keseluruhan daripada 20 buah universiti awam (UA) yang mengambil bahagian, sekaligus membuktikan USM bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan penyelidikan malah menyerlah juga di dalam acara sukan.

fgghh

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Mohd Rodzuan Yahya yang turut sama terlibat dalam menguruskan kontinjen USM di MASUM Fasa 1, acara yang telah berjaya merangkul pingat emas ialah acara bola keranjang lelaki 3x3 dan catur individu lelaki manakala acara catur berpasukan lelaki pula memperoleh pingat perak, dan pingat-pingat gangsa dari acara taekwando dan bola keranjang wanita 3x3.

“Kejayaan yang diperoleh kontinjen USM merupakan hasil daripada usaha dan kesungguhan atlet dalam memberikan komitmen sepenuhnya untuk menghadiri latihan sukan yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada jurulatih yang turut sama menyumbang masa dan tenaga bagi memberikan latihan yang terbaik kepada atlet.

htrhythy

“Saya amat berharap kontinjen USM akan meneruskan semangat perjuangan yang ditunjukkan sebelum ini, dan meningkatkan lagi prestasi serta memberi lebih tumpuan kepada acara-acara sukan luar dewan (outdoor sports) yang akan dipertandingkan di kejohanan MASUM 2018 Fasa 2 nanti,” katanya lagi.

Kejohanan MASUM 2018 Fasa 2 dijadualkan berlangsung dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan daripada tujuh acara yang dipertandingkan, USM akan mengambil bahagian dalam lima acara sukan, iaitu hoki (6 sebelah lelaki dan 7 sebelah wanita), bola tampar (lelaki dan wanita), boling padang (lelaki dan wanita), tenpin bowling (lelaki dan wanita) dan karate (lelaki dan wanita); USM tidak mengambil bahagian dalam acara sukan ragbi dan menembak.

jytrdht

uterfd

Karnival Sukan MASUM adalah platform terbaik bagi mahasiswa UA yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang sukan untuk menceburi secara aktif lapangan sukan, di samping melahirkan atlet yang berpotensi untuk lebih cemerlang bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mewakili UA masing-masing.

Teks: Puteri Najwa Othman (Pelajar praktikal MPRC)/Suntingan: Tan Ewe Hoe  

  • Created on .
  • Hits: 1270

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024