USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAVITTRAN TERPILIH MEWAKILI PPM KE FORUM BELIA PENGAKAP ASIA PASIFIK KE-9

huiii

PULAU PINANG, 5 Julai 2018 – Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pavittran a/l Varutharaju yang telah terpilih untuk mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ke Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik Ke-9 (9th Asia-Pacific Regional Scout Youth Forum) di Manila, Filipina yang akan berlangsung pada 9-12 Oktober 2018.

Forum tersebut akan membincangkan halatuju kepengakapan bagi rantau Asia Pasifik khususnya bagi penggal 2018-2021 serta bakal membentuk resolusi bagi tujuan tersebut.

Tahniah kerana Pavittran bakal menjadi salah seorang penentu dan penggerak halatuju Pengakap bagi rantau Asia-Pasifik.

Bersama-samalah kita doakan kejayaan Pavittran.

"Pengakap Mentransformasi Generasi"

Sumber: https://www.facebook.com/klkmusm/

  • Created on .
  • Hits: 1192

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024