USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DR. NOORUL AINUR DILANTIK PENGERUSI LGU USM BAHARU

36331393 1829586437102381 495694905914425344 n

PULAU PINANG, Jun 2018 – Mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM) berkuatkuasa 29 Mei 2018 sehingga 28 Mei 2021.

Noorul Ainur, 60, dilantik sebagai Pengerusi LGU bagi menggantikan Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan yang memegang jawatan tersebut sejak April 2012.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari The Graduate Centre, The City University of New York pada tahun 2001, Noorul Ainur juga memegang Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pentadbiran Pembangunan) dari University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1992. Beliau juga seorang penerima Goldman Sachs Visiting Research Fellow di University of Oxford pada tahun 2002.

Noorul Ainur yang berasal dari Bentong, Pahang menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1983 dan menerima Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1988.

Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah KSU di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari 2014-2016 dan KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2010-2014, dan juga salah seorang CEO Faculty yang menyumbang tenaga dan idea dalam pembangunan pendidikan di dalam dan luar negara.

Pihak Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Noorul Ainur atas pelantikan ini kerana mempercayai bahawa daya kepimpinan dan pengalaman luas yang dimiliki beliau mampu terus memacu pencapaian dan kecemerlangan USM ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1665

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024