USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYELIDIKAN TENTANG JENAYAH SIBER PERLU DIPERTINGKAT

DSC 0631 800x600

PULAU PINANG, 25 Jun 2018 - Kajian dan penyelidikan tentang jenayah siber dalam menghadapi era jenayah digital yang semakin meruncing perlu dipertingkatkan serta diberikan tumpuan yang khusus oleh para akademia termasuk dalam pengumpulan data-data serta penyelesaian kepada pemasalahan yang timbul.

Demikian kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail ketika merasmikan 10th Annual Conference, Asian Criminological Society (ACS) dengan tema ‘Re-evaluating Insights on Crime and Justice: Contemporary Issues and Challenges’ di sini hari ini.

DSC 0638 800x600

DSC 0661 800x600jh

Tambahnya lagi, penggunaan media elektronik yang semakin meluas terutamanya dalam era Internet of Things (IoT) dan Industrial Revolution 4.0 dapat membuka peluang kepada penjenayah siber menyalahgunakan maklumat bagi melakukan  jenayah dalam pelbagai cara seperti pembunuhan, kes rogol, rompakan dan sebagainya.

“USM juga bercadang untuk mewujudkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kriminologi yang bakal menggabungkan pelbagai disiplin dan pusat pengajian termasuk Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Sains Perubatan serta Sains Kesihatan yang mana pada ketika ini hanya menawarkan kursus di peringkat Ijazah Tinggi sahaja,” tambah Naib Canselor.

DSC 0697 800x600

Menurut pengerusi persidangan yang juga Kriminologis PPSK USM, Profesor Madya Dr. P. Sundramoorthy, pengajian dan penawaran kursus di peringkat sarjana muda ini sangat perlu dan USM bakal menjadi universiti pertama menawarkan program sebegini di dalam negara.

Persidangan tiga hari ini adalah anjuran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan dihadiri oleh lebih 150 peserta dari lebih 20 buah negara termasuk Sepanyol, Australia, Jerman, New Zealand serta negara-negara Asia.

DSC 0676j

Turut hadir ialah Pengerusi MCPF (Pulau Pinang), Dato’ Seri Syed Jaafar Syed Ali, Presiden ACS Profesor Dr. Chuen-Jim Sheu dan Dekan PPSK Profesor Dr. Azlinda Azman.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1367

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024