USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MELONJAK KE TANGGA 14 DALAM SENARAI ‘QS TOP 50 UNDER 50’ 2019

web banner

 

PULAU PINANG, 20 Jun 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) kini berada di tangga ke-14 dalam senarai ‘world's best young universities’ (universiti muda terbaik dunia) dalam ‘QS Top 50 Under 50’ ranking oleh Quacquarelli Symonds (QS).

USM sebelum ini (2018) telah tersenarai di tempat ke-23 selepas tersenarai buat pertama kalinya dalam kalangan universiti muda pada tahun 2016.

Senarai terkini 2019 tersebut telah menyenaraikan empat Universiti Awam Malaysia dan USM merupakan tiga yang teratas di dalam senarai tersebut.

“Ini merupakan pencapaian terbaik Universiti setakat ini,” jelas Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, yang mana peningkatan ketara ini adalah hasil usaha berterusan pihak Universiti dalam memastikan penambahbaikan amalan dasar/fundamental adalah sejajar dengan usaha ke arah menjadikan USM sebagai universiti pilihan.

“Kami percaya bahawa ini merupakan pencapaian yang amat baik, sekaligus membuktikan komitmen yang telah diberikan oleh semua staf universiti, termasuk staf akademik dan pentadbiran, di samping alumni dan pemegang taruh universiti.”

“Kami sedar tentang wujudnya persaingan sengit dan keperluan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kepada pelajar serta persekitaran yang kondusif dalam menjalankan penyelidikan berimpak tinggi,” tegasnya. 

Tambah Asma, USM telah mencapai beberapa kejayaan dalam pelbagai bidang tahun ini, terbaharunya ialah kejayaan pensyarah muda Dr. Khayriyyah Mohd Hanafiah dinobatkan sebagai juara ‘Komunikator Sains Terbaik Dunia’ di pertandingan antarabangsa FameLab International 2018 baru-baru ini. Selain itu, 5 orang saintis muda dari USM merupakan antara 6 yang terpilih mewakili Malaysia di Nobel Laureate Meeting ke-68 bermula dari 24-29 Jun di Lindau, Germany.

“Ini menunjukkan bahawa kita telahpun melakukan persediaan dengan baik, berada dalam landasan yang betul, dan jika diberi peluang saya yakin bahawa Malaysia akan menjadi negara yang lebih dominan lagi dalam pendidikan tinggi,” katanya lagi.

Sementara itu, di dalam senarai terkini QS World University Ranking 2019 (QS-WUR 2019) yang diumumkan pada awal Jun 2018, USM telah menaiki 57 tangga dan berada di kedudukan #207, berbanding dengan #264 pada tahun sebelumnya.

  • Created on .
  • Hits: 1545

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024