USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM ANEKARAGAM DISAMBUT MERIAH

DSC 9856 800x600

USM, PULAU PINANG, 7 Mei 2018 – Malam Anekaragam ke-26 anjuran Persatuan Kebudayaan India (PKI) Universiti Sains Malaysia (USM) disambut dengan meriah sekali di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) baru-baru ini.

Lebih 1,000 orang penonton dalam kalangan warga kampus dan luar kampus membanjiri DTSP, dan majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.  

“Program sebegini dapat meningkatkan sifat kepimpinan dalam diri ahli-ahli persatuan terutamanya berkenaan dengan pengelolaan acara majlis serta mewujudkan platform bagi menyerlahkan bakat tarian siswa/siswi di khalayak ramai,” kata Pengarah Projek Malam Anekaragam, Narenthiran Pillai Selvaraju Pillai ketika berucap.

DSC 9881 800x600

“Sebanyak RM16,000 hasil daripada penjualan tiket Malam Anekaragam ini akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti persatuan pada masa yang akan datang di samping untuk tujuan kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Menurut Penasihat PKI yang juga Pensyarah Pusat IPv6 Termaju Negara, Dr. Selvakumar Manickam, melalui pertandingan ini, dana yang diperoleh akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar India USM yang menghadapi masalah kewangan selain pembelian buku-buku UPSR untuk diberikan kepada pelajar-pelajar SJK (T) Perai bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Pelbagai persembahan tarian diadakan dan juga persembahan dari artis, Mugen Rao yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon.  Pada malam kemuncak itu, Vanavil Dance Academy Group telah memenangi acara dalam Kategori Tarian Berkumpulan. 

DSC 9864 800x600

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pembangunan Sahsiah Pelajar, Dr. Nazarudin Zainun; penasihat-penasihat persatuan serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM 2017/2018, Ahmad Syafiq Nasir.

Teks: Nurul Huda Abdullah/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1227

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024