USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPSK JALIN KERJASAMA DENGAN ISTANBUL MEDENIYET UNIVERSITY

gfhh 800x600

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Satu majlis penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan  Istanbul Medeniyet University telah diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur hari ini.

Majlis penyerahan persefahaman ini dihadiri oleh Dekan PPSK Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor dan Dr. Zuraida Zainun manakala pihak Istanbul Medeniyet University pula diwakili oleh Profesor Mahmud Tayyar Kalcioglu.

Matlamat utama perjanjian persefahaman ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang perawatan kesihatan menggunakan modul Balance Exercise (Bal-Ex) yang telah diperkenalkan oleh Zuraida.

yhdfh 800x600

Balance Exercise (Bal-Ex) Dance merupakan tarian terapi yang berasaskan senaman keseimbangan yang ringkas untuk individu yang mengalami masalah keseimbangan badan dan penyakit vertigo.

Melalui MoU ini juga, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan dan melaksanakan program pasca siswazah dalam bidang kesihatan awam, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan pengurusan penjagaan kesihatan di peringkat antarabangsa.

MoU ini juga menunjukkan kesungguhan semua pihak di dalam menyokong usaha Universiti untuk mewujudkan kerjasama dengan pelbagai universiti luar melalui perancangan pengurusan yang strategik dan sistematik dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan teknologi penjagaan kesihatan yang lestari.

fhjfj

Sementara itu, Norazmi berharap dengan termeterai MoU ini, ia akan menjadi titik mula ke arah pelbagai usahasama lain pada masa hadapan di dalam perkongsian kepakaran khususnya untuk melonjak lagi aktiviti penyelidikan.

“Ia juga akan meningkatkan lagi tahap ilmu dan kemahiran pelbagai pihak yang terlibat dan saya amat yakin bahawa usaha ini akan menempatkan USM ke tahap yang lebih tinggi di persada dunia.

Istanbul Medeniyet University ditubuhkan pada tahun 2010 dan merupakan antara universiti awam yang terkemuka di Turkey, terletak di kota metropolis Istanbul.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1285

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024