USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERAP ILMU PELANCONGAN BUDAYA UNTUK PELAJAR - “EXPLORING THE EXOTIC WORLD” BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI KAUM SEMAI

gfthgfh 800x600

KUALA LIPIS, PAHANG, 16 Mei 2018 - Sekumpulan pelajar Sarjana Pembangunan Pelancongan dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PBP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu program jelajah ke perkampungan Orang Asli di Kampung Simoi Lama, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Menurut pelajar, Muhammad Farhan bin Mohamad Amran, program yang dinamakan “Exploring the Exotic World” adalah bertujuan untuk mengenali adat serta keunikan budaya masyarakat orang asli yang terdapat di Malaysia dan program ini merupakan salah satu daripada komponen subjek yang diambil oleh pelajar.

“Program ini disertai oleh 8 orang pelajar termasuk pelajar daripada Universiti Awam luar dan 3 orang kakitangan USM yang diketuai oleh pensyarah PBP, Profesor Dr. Badaruddin Mohamed dan ianya telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertujuan utama untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keunikan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli Kaum Semai.

“Ini juga bertujuan bagi memastikan masyarakat orang asli mendapat perhatian oleh pihak yang berkenaan selain ia dapat memperkenalkan warisan dan budaya mereka kepada pihak luar,” jelasnya.

Tambahnya, penganjuran program ini menjadi titik permulaan kepada masyarakat orang asli di Kampung Simoi Lama untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana mereka memerlukan perhatian daripada pihak luar untuk membela nasib serta membantu mereka untuk mengembangkan potensi hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

rgtreggt 800x600

“Di samping itu juga, program ini telah membuka mata para pelajar tentang kepentingan untuk memastikan kelangsungan pelancongan budaya ini dipelihara dan diteruskan kerana ia mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan sebagai salah satu produk pelancongan di Malaysia,” ujarnya lagi.

Program ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Sustainable Tourism Research Cluster (STRC), Syarikat Pharmaniaga dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daerah Kuala Lipis sendiri dalam usaha sama membantu penduduk Orang Asli di sana untuk mendapatkan bekalan dan juga ubat-ubatan bagi keluarga mereka.

“Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan impak yang positif kepada penduduk orang asli kerana dengan adanya pihak yang prihatin akan hidup mereka, di situlah wujudnya harapan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.

“Justeru, pelancongan budaya amat penting untuk generasi masa hadapan merasai apa yang diusahakan oleh nenek moyang mereka dan generasi sebelumnya,” kata Badaruddin lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Muhammad Farhan Bin Mohamad Amran

  • Created on .
  • Hits: 1691

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024