USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR RASMI ‘SMILE CORNER’ DAN ‘DENTAL CHAIR’ BAHARU DI UNIT PERGIGIAN USM

IMG 0034 800x600

USM, PULAU PINANG, April 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail telah merasmikan ‘Smile Corner’ iaitu satu ruang khas yang disediakan di Unit Pergigian Pusat Sejahtera USM untuk sama-sama merasai pengalaman sewaktu berada di klinik pergigian.

Naib Canselor turut menyempurnakan perasmian satu set baharu ‘Dental Chair’ di klinik pergigian USM ketika melawat Unit Pergigian sempena perasmian Minggu Kesihatan peringkat Kampus Induk USM anjuran Pusat Sejahtera USM yang berlangsung dari 9-14 April 2018.

Kata Naib Canselor, perkhidmatan rawatan pergigian secara berbayar kini telah dipanjangkan kepada staf, pesara dan pelajar antarabangsa melalui klinik pergigian ‘private wing’ sebagai satu usaha untuk memperluaskan perkhidmatannya kepada lebih ramai pemegang taruh USM.

IMG 0063 800x600

Perkhidmatan rawatan pergigian tersebut dijalankan semasa waktu pejabat atau di luar waktu pejabat dan perlu melalui sistem temujanji.

Sebelum itu, Naib Canselor dalam ucapan perasmiannya, berkata Minggu Kesihatan yang dianjurkan setiap tahun adalah untuk meningkatkan kesedaran warga USM terhadap isu-isu dan kebimbangan kesihatan terkini yang semakin meruncing, terutamanya penyakit tidak berjangkit seperti diabetes (kencing manis), obesiti, darah tinggi, sakit buah pinggang, dan sebagainya.

IMG 0104 800x600

IMG 0086 640x480

“Slogan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia bagi tahun 2018 iaitu #KESIHATANUNTUKSEMUA atau #HEALTHFORALL adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kepada semua individu tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan latarbelakang, dan bahawa penyediaan kemudahan dan perlindungan kesihatan yang terkini seharusnya mudah diakses dan mampumilik oleh semua orang,” katanya.

Naib Canselor turut mengingatkan setiap warga USM untuk mengikuti program #USMFIT yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu ketika Perutusan Naib Canselor USM 2018 dengan menghayati gaya hidup sihat dan memperkasakan diri dalam penjagaan kesihatan termasuk mengamalkan pemakanan sihat dan aktiviti bersukan/bersenam.

IMG 0143 800x600

Naib Canselor juga mengikuti sesi senaman Tai Chi bersama warga kampus yang hadir, yang dipimpin oleh instruktor Tai Chi yang tidak asing lagi di kampus, Dr. George Teoh Boon Sai dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.  

Turut hadir di majlis perasmian ialah Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid dan staf Pusat Sejahtera USM.

  • Created on .
  • Hits: 1294

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024