USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADIKARMA DAN NILAKARMA USM CEMERLANG DI AKZ 2018

adikarma2

USM, PULAU PINANG, 30 April 2018 - Kumpulan Kesenian Adikarma di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghantar wakil ke Festival Akar Kita Zapin 2018 (AKZ) baru-baru ini.

AKZ merupakan program di bawah kerjasama Persatuan Tatihseni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan, dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. 

Penganjuran AKZ kali keempat ini merupakan usaha pemasyhuran budaya untuk membina landasan keyakinan pertumbuhan kebudayaan dari peringkat akar umbi dan juga wadah mengeratkan silaturrahim menerusi program pertukaran budaya antara negara, dan seterusnya menjadi sebuah program tahunan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Adikarma USM telah menghantar sebanyak dua kumpulan, Nilakarma dan Adikarma untuk bertanding di dalam Pertandingan Tingkah Geruh 2018 di Festival AKZ. 

Adikarma berjaya membawa pulang hadiah saguhati manakala Nilakarma berjaya merangkul Anugerah Perak (tempat kedua) di Pertandingan Tingkah Geruh AKZ 2018.

Pertandingan diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Adikarma dan Nilakarma berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor BHEPA, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dan seluruh warga kampus terutama Naib Canselor USM yang terus percaya akan kebolehan pelajar-pelajar ini terutamanya untuk melestarikan bakat mereka dan mencapai misi USM HEBAT.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1451

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024