USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

43 GRADUAN DAPAT TAWARAN PEKERJAAN MELALUI PROGRAM TALENT RAKYAT

DSC 8564 800x600

USM, PULAU PINANG, 26 April 2018 – 43 graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mendapat tawaran pekerjaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) setelah melalui Program Talent Rakyat yang diadakan selama sebulan. 

Program Talent Rakyat adalah hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan YBR yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran serta kebolehpasaran graduan di Malaysia. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua 43 alumni USM dan ASWARA yang terpilih untuk mengikuti program ini bagi sesi pertama pada tahun ini,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Talent Rakyat di sini hari ini. 

DSC 8493 640x480

“Saya yakin kerjasama dan permuafakatan bersama KPT, YBR dan Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) akan dapat membantu mempertingkatkan kebolehpasaran graduan di samping meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. 

“KPT amat prihatin terhadap golongan belia khususnya para graduan dan sentiasa melaksanakan pelbagai program bagi memastikan para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” tambah Siti Hamisah. 

“Program ini adalah sesuatu yang bermanfaat serta membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan di USM dan pada tahun lalu, Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) adalah pada tahap tertinggi iaitu 80 peratus semasa Upacara Konvokesyen,” kata Dr. Norazharuddin Shah Abdullah, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (ACE) yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail. 

DSC 8586 640x480

Menurut Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin, YBR telah mengambil langkah lebih agresif dengan memperbanyakkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti USM dan ASWARA untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah UA dan US. 

“Melalui kerjasama ini, kita bukan sahaja dapat membantu mengasah dan menggilap bakat graduan, malah dapat meningkatkan tahap sosioekonomi mereka,” tambahnya. 

Turut hadir ialah Pengerusi YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh; Dekan Fakulti Animasi dan Multimedia ASWARA, Jazmi Iswan Jamal; dan Ketua Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, Profesor Madya Dr. Marlia Putih.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1447

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024