USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA NATIONAL DENTAL INTERVARSITY GAMES TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

ghjhgj 640x480

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 April 2018 – National Dental Intervarsity Games 2018 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor pada 7 hingga 8 April lalu menyaksikan Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul kejuaraan dengan jumlah kutipan 16 pingat iaitu lima emas, lima perak dan enam gangsa menerusi acara maraton, bola keranjang, futsal, bola jaring, badminton, pingpong dan bola tampar.

Menurut Ketua Kontinjen USM, Calvin Quek Wei Qian, pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), seramai 95 atlet mewakili kontinjen USM yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu hingga tahun lima.

bolajaring

"Sebagai ketua kontinjen, saya bangga kerana semua atlet menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kerana itulah kami berjaya merangkul kejuaraan, dan apa yang lebih membanggakan ialah kami mencipta 'hatrik' apabila mengekalkan kejuaraan untuk tiga tahun berturut-turut.

gyhtyhyu 640x480

"Ini menunjukkan bahawa kesibukan pengajian bukan penghalang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif dalam bidang sukan," ujar beliau.

Sebanyak 13 buah universiti awam dan swasta menyertai kejohanan tersebut antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Penang International Dental College (PIDC), MAHSA University dan International Medical University (IMU).

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Calvin Quek Wei Qian

  • Created on .
  • Hits: 1255

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024