USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARAI HOKI MAKSAK PULAU PINANG DENGAN PENUH DRAMATIK

fgftfdf 640x480

USM, PULAU PINANG, 8 April 2018 – Pasukan hoki Universiti Sains Malaysia (USM) mengukir kejayaan manis apabila menjuarai Kejohanan Hoki MAKSAK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 kelmarin bertempat di Stadium Hoki USM.

Pasukan yang mengambil bahagian bagi kejohanan kali ini adalah USM, Jabatan Pendidikan A, Jabatan Pendidikan B, Jabatan Pendidikan C, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). 

Perlawanan akhir yang menemukan USM dan Jabatan Pendidikan C berlangsung dengan begitu sengit dan dramatik, akan tetapi kedua-dua pasukan tidak berjaya menjaringkan gol dalam tempoh masa perlawanan berlangsung dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti. Pasukan USM berjaya menewaskan Jabatan Pendidikan C dengan jaringan 7-6.

Terdahulu Pasukan USM mencatatkan 4 kemenangan dan satu seri untuk menduduki tempat pertama di dalam liga. Perlawanan dijalankan secara liga pusingan dan dua pasukan teratas di dalam liga akan layak ke perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan.

Menurut ketua pasukan, Ubaidillah Ozmin, pemain telah menunjukkan permainan yang cemerlang di sepanjang kejohanan ini.

“Keserasian bermain sebagai satu pasukan yang mantap gaya USM terserlah apabila pasukan hoki staf USM berjaya menjadi juara bagi tahun ini dan kejayaan ini sangat manis buat kami kerana pemenang tahun lalu merupakan TUDM,” jelas Ketua Audit Dalam USM itu.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1428

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024