USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IPT 3 NEGARA BERENTAP DI IMT-GT 2012

 PULAU PINANG, 3 DISEMBER 2012 – 11 buah Institut Pengajian Tinggi Awam daripada 3 buah negara, Malaysia, Indonesia dan Thailand berentap di Karnival Sukan Indonesia-Malaysia-Thailand- Growth Triangle (IMT-GT) tahun 2012.

IMT-GT buat kali ke-14 ini diadakan di Malaysia di mana 3 buah IPTA tempatan diberi penghormatan menganjurkan acara ini iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis.

Menurut Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), pembabitan sejumlah 11 buah IPTA di ketiga-tiga buah negara di dalam Karnival ini amat memberi kesan positif dalam mewujudkan peluang buat pelajar dan staf berinteraksi serta lebih memahami antara satu sama lain.

Katanya Karnival ini diadakan bukan sahaja untuk pelajar bertanding di dalam acara sukan, malah matlamatnya lebih meluas terutamanya pertukaran idea, kerjasama strategik antara IPT 3 negara dan terpenting berkembang menjadi modal insan seperti yang diharapkan negara.

“Seperti sedia maklum, IMT-GT ini telah diiktiraf dalam persaudaraan Asia di mana kita telah melangkah setapak ke arena antarabangsa, jadi marilah kita bersama-sama mencapai hasrat murni ini demi pembangunan ilmu di rantau Asia Tenggara malah di Asia juga,” kata beliau ketika merasmikan majlis pembukaan IMT-GT ke-14 yang berlangsung di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Pauh, Perlis baru ini.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Prof. Adnan Hussein, Presiden IMT-GT,  dan Pegawai-Pegawai Utama dari setiap Universiti bertanding.

Tambah Omar,  melalui IMT-GT diharapkan ketiga-tiga negara dapat duduk bersama, memikir dan berbincang untuk membangunkan para pelajar di rantau Asean supaya mendorong pelapis muda ini ke tahap yang lebih tinggi dan berguna demi masa depan negara.

“Atas sebab itu IMT-GT menyediakan pelbagai platform bukan sahaja sukan, tetapi bengkel, seminar dan aktiviti kebudayaan yang dianjurkan bersama ketiga-tiga negara untuk pembangunan bersama”

IMT-GT kw-14 yang berlangsung selama 6 hari menyajikan acara sukan Bola Sepak, Badminton, Bola Tampar, Tenis termasuk Seminar dan Bengkel Kebudayaan. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Mohd Danial Shahri

 

  • Created on .
  • Hits: 2097

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024