USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYELIDIKAN LEBAH KELULUT USM BANTU TINGKATKAN EKONOMI GOLONGAN TERKEBAWAH

trhrhgt 800x600

BESUT, TERENGGANU, 31 Mac 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan agenda pemindahan ilmu kepada komuniti melalui projek 'Reinventing Honey Quality' yang telah direka untuk merangsang transformasi luar bandar sebagai projek penyelidikan translasi. 

Bengkel Pengenalan Asas Penternakan dan Potensi Lebah Kelulut Berasaskan Inovasi Mustafa Hive dan Hilda System yang dikendalikan oleh USM merupakan bengkel kepada 25 orang peserta perintis yang terpilih di bawah E-kasih dan keluarga kumpulan B40 di daerah Besut, Terengganu.

yukt

Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Dr. Mohd Zulkifli Mustafa, bengkel pertama ini direka khas sebagai platform untuk memperkenalkan asas penternakan dan potensi lebah kelulut. 

"Bengkel ini bertujuan memberi pengenalan dan asas biologi lebah kelulut serta senario dan hala tuju penternakan lebah kelulut di Malaysia melalui sistem inovasi Mustafa Hive dan Hilda dengan pembiayaan geran penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Strategi utama projek ini adalah untuk meningkatkan amalan penternakan lebah yang baik terutamanya pengurusan tuaian madu bersih bagi membolehkan pengeluaran madu secara pukal menggunakan kedua-dua sistem yang telah dipatenkan bagi menghasilkan madu lebah kelulut yang premium," ujar beliau yang ditemui semasa bengkel berkenaan yang diadakan di Kolej Komuniti Kuala Besut, di sini. 

yu77

Menurut Zulkifli, menerusi projek ini juga satu pusat pembangunan akan diwujudkan yang dikenali sebagai 'Kelulut Excellence Centre' (KEC) di Kuala Besut yang akan menjadi pusat bersepadu untuk pemprosesan madu termasuk pengumpulan madu, dehidrasi, pembotolan serta penjualan.

"Pusat ini juga akan dijadikan galeria pameran yang mempamerkan tentang pendidikan kelulut, pendebungaan dan biodiversiti kepada pelajar, komuniti tempatan serta pelancong yang melawat ke Pulau Perhentian", jelasnya lagi. 

y6u7ui 800x600kiluo

Peserta bengkel turut bertuah apabila menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh yang melapangkan masa berbual serta berkongsi maklumat berkenaan projek penternakan madu kelulut bersama peserta dan pasukan penyelidik.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 3341

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024