USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BADORUL HISHAM TERIMA ANUGERAH STANDARD KEBANGSAAN 2017

baddrol

PULAU PINANG, 25 Mac 2018 – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKE) Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Badorul Hisham Abu Bakar baru-baru ini telah menerima Anugerah Standard Kebangsaan 2017 atas usaha dan sumbangan beliau dalam memajukan bidang standardisasi dan akreditasi Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia. 

Badorul Hisham terlibat dalam beberapa Jawatankuasa Kumpulan Kerja (Working Group Committee) dan Jawatankuasa Teknikal  Struktur Kayu (Technical Committee) mulai 1999 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Malaysia dan kemudiannya diletakkan di bawah Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB).

Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Brick/Block (TC), SIRIM mulai 2003 sehingga kini serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Struktur Kayu mulai 2013 (TC-Timber Structures). 

Selain itu, Badorul Hisham juga menganggotai beberapa jawatakuasa kerja Brick/Block serta Jawatankuasa ISCD di bawah SIRIM/Jabatan Standard Malaysia. 

Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh Presiden ISO, John Walter dan Setiausaha Agung ISO, Sergio Mujica di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. 

Beliau seringkali menganggotai delegasi ISO/TC 165 keluar negara bagi mewakili Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dan juga kerajaan Malaysia dalam Jawatankuasa ISO bagi menjaga kepentingan Malaysia dalam industri perkayuan. 

Setakat ini beliau telah mewakili kerajaan Malaysia di ISO/TC 165 Timber Structures di Australia, Sweden, Perancis, Germany dan Austria. 

Hasil usaha beliau ini telah menghasilkan puluhan Standard Malaysia bagi Timber Structures/Bricks and Blocks dalam memajukan industri pembinaan Malaysia. 

Teks Asal: Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam/Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1179

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024