EKUINOKS DAN CARA MENDEPANINYA
PULAU PINANG, 21 Mac 2018 – Fenomena Ekuinoks berlaku apabila jangka masa siang dan malam adalah sama dan ia berlaku 2 kali dalam tempoh setahun iaitu pada bulan Mac dan September.
Fenomena ini dijangka berlaku di Malaysia sekitar 20-21 Mac dan 23 September pada tahun ini.
Ekuinoks merupakan fenomena astronomi apabila kedudukan matahari sejajar dengan Garisan Khatulistiwa yang mana ia menjadikan matahari dan bumi berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam.
Bagi fenomena Ekuinoks di negara kita, kebiasaan suhu dijangka antara 30 dan 35 darjah Celsius dan kadang kala boleh menjadi lebih daripada 35 darjah Celsius.
Antara tips-tips menghadapi cuaca panas:
1) Minum air dengan kadar yang banyak;
2) Elak berada di dalam bangunan yang tiada aliran udara;
3) Pakai baju yang berwarna cerah;
4) Pakai kaca mata hitam bila berada di luar;
5) Mandi bagi menyejukkan suhu badan;
6) Lindungi diri dengan menggunakan payung atau krim sinaran (UV) apabila di luar.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ihsan Astro Awani
- Created on .
- Hits: 1269