USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI RATTANA BUNDIT UNIVERSITY

IMG 7066 800x600

USM, PULAU PINANG, 21 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi tumpuan pelawat antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Rattana Bundit University (RBU), Thailand yang diketuai oleh Naib Presidennya, Profesor Madya Dr. Supawadee Chuangchot.

Lawatan ini lebih memberi fokus kepada usaha kolaborasi antara kedua-dua universiti terutamanya dalam bidang akademik, mobiliti pelajar dan tadbir urus.

Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) USM, Dr. Muhizam Mustafa mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.

IMG 7098 800x600

Menurut Muhizam, USM komited dalam kerjasama peringkat serantau dan global yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak dalam usaha mempertingkatkan inisiatif pengantarabangsaannya.

Pada sebelah petang, delegasi seramai 38 orang ini (13 orang staf pentadbiran dan 25 orang pengerusi rancangan program sarjana muda) mengadakan lawatan dan perbincangan ke Pusat Pengajian antaranya PP Seni, PP Pengurusan, PP Komunikasi, PP Sains Komputer dan PP Ilmu Pendidikan.

IMG 7134 800x600

Ditubuhkan pada tahun 1997, Rattana Bundit University ialah institusi pendidikan tinggi swasta yang mempunyai kampus di kota metropolis Bangkok dan menawarkan program pengajian pada peringkat ijazah pertama dan pascasiswazah.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1139

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024