USM SUMBANG RM50,000 KEPADA MyWAQF
PULAU PINANG, 21 Mac 2018 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada MyWaqf iaitu program yang diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Sumbangan tersebut disampaikan terus kepada Menteri Pendidikan Tinggi di Majlis Pelancaran MyWaqf yang telah diadakan di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kelmarin.
“#MyWaqf adalah inisiatif KPT yang bertujuan untuk memupuk budaya memberi dan melahirkan rasa kasih sayang dalam kalangan rakyat melalui amalan mewaqf,” kata Idris.
KPT berjaya mengumpul sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh yang singkat menerusi program tersebut dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya termasuk universiti awam serta institusi pendidikan tinggi (IPT).
“Saya berharap warga USM akan bersama-sama memupuk budaya memberi dan boleh menyalurkan sumbangan kepada program-program waqf termasuk #MyWaqf,” kata Naib Canselor.
Waqf adalah infak harta/tunai milik individu untuk manfaat ummah/orang ramai secara berterusan kerana Allah S.W.T.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1172