USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM FUN COSTUME WALK SEMPENA IWD 2018 MENDAPAT SAMBUTAN YANG AMAT BAIK

DSC 7426 800x600

PULAU PINANG, 19 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) USM menganjurkan USM Fun Costume Walk bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa atau International Women Day (IWD) peringkat USM 2018 di sini hari ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, sambutan IWD adalah acara wajib KANITA dan USM pada setiap tahun, dan pada tahun ini kali pertama saya melihat wanita berjalan menggunakan kostum yang pelbagai.

DSC 7376 800x600

“Saya juga berbangga melihat penglibatan aktif Pusat Tanggungjawab (PTJ) USM yang lain dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dalam usaha meraikan pencapaian dan peranan wanita dalam masyarakat dengan tema sambutan IWD pada tahun ini #pressforchange,” kata beliau yang juga telah membuat pelepasan kepada seramai lebih 300 orang peserta acara tersebut yang telah mula berkumpul di Padang Minden USM sejak awal pagi lagi.  

“USM mempunyai seramai 5,346 orang staf wanita dan ianya lebih 50 peratus daripada keseluruhan staf USM dan universiti pertama yang mempunyai Bilik Laktasi iaitu bertujuan untuk memberikan kemudahan, keselesaan dan sokongan khususnya kepada golongan ibu yang menyusukan bayi,” tambah Naib Canselor. 

DSC 7404 800x600

Menurut Pengarah KANITA, Profesor Dr. Noraida Endut program sebegini adalah pertama kali diadakan berbanding tahun-tahun lalu yang mana IWD disambut dengan pelbagai ceramah. 

“Pada tahun ini, sambutan IWD adalah agak berlainan kerana menyahut program yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor iaitu #USMFIT,” katanya. 

 DSC 7452 800x600

Suri rumah, Zarinah Muda, 52, dari Jelutong adalah antara penerima hadiah kostum terbaik dengan memakai kain batik beserta Baju Kedah. 

“Pakaian sebegini hanya sering digunakan di rumah dan apa salahnya ianya ditunjukkan kepada orang awam,” kata Zarinah yang bukannya pertama kali menyertai program seperti ini. 

DSC 7435 800x600

“Saya sangat menyokong program sebegini kerana selain mendapat tubuh badan yang sihat kita dapat melihat rakan-rakan muda bersatu serta berinteraksi antara satu sama lain,” kata salah seorang peserta, Muhammad Ilmal Yaqin Ismail, 24. 

Beliau seringkali menyertai program-program sukarelawan dan berhasrat untuk terus memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh USM. 

DSC 7458 800x600

DSC 7483 800x600

Program USM Fun Costume Walk ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Pusat Sejahtera, Majlis Perwakilan Pelajar, Pusat Sukan dan Rekreasi,  Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Kampus Sejahtera dengan sokongan pelbagai PTJ di dalam USM.

Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1192

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024