NYAMUK GAJAH DIGUNAKAN UNTUK BUNUH NYAMUK AEDES
USM, PULAU PINANG, 17 Mac 2018 – Bersempena dengan pertandingan dan kempen “Kampus Bebas Denggi” bagi kategori Universiti Awam (UA), USM telah mengambil inisiatif lain selain gotong-royong yang telah diadakan hari ini antaranya aktiviti mencari dan memusnahkan habitat dan tempat yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk Aedes.
Ia melibatkan penggunaan Pengawalatur Pertumbuhan Serangga (Insect Growth Regulator, IGR) yang diletakkan di dalam tempayan untuk membunuh pulpa nyamuk Aedes.
Uniknya kali ini adalah penggunaan nyamuk gajah untuk membunuh nyamuk Aedes. Untuk pengetahuan, nyamuk gajah tidak menghinggap, menggigit atau pun menghisap darah dan saiznya lebih besar daripada nyamuk lain dan tidak menggigit manusia.
Aktiviti ini telah disertai oleh beberapa ahli dari Pusat Sejahtera USM dengan kerjasama dari unit vektor dan kesihatan.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Pusat Sejahtera USM
- Created on .
- Hits: 5741