USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH KEMENANGAN 100% DALAM i-INOVA 2018

29067408 1709019512492408 2479915138912616448 n 800x600

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2018 – Lima pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah memenangi pingat dalam pertandingan sempena Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) 2018 yang berlangsung pada 10-11 Mac lalu di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Ia merupakan kemenangan 100% kepada USM kerana kelima-lima produk/teknologi yang dipertandingkan telah memenangi anugerah dan pingat.

Mereka yang telah berjaya adalah seperti berikut:

 

Nama Produk/Teknologi Kategori Pertandingan Nama Penyelidik

Pusat Pengajian

Anugerah/Pingat
Multi-face Detection System (MFaceSYS) in Video Surveillance Area Teknologi dan Kejuruteraan Profesor Madya Dr. Shahrel Azmin Suandi

Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Emas dan Anugerah Khas Fatimah Fehri
Personal Verification System based on Finger Vein Pattern Teknologi dan Kejuruteraan Profesor Madya Dr. Bakthiar Affendi Rosdi 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Emas
PUMPTIC (Pumpkin Drink with Anti-diabetic and Probiotic Properties) Sains Semulajadi, Tulen dan Gunaan Dr. Uthumpom Utra @ Sapina Abdullah

Pusat Pengajian Teknologi Industri

Perak
A Novel Patient-specific Thyroid Phantom for Radiation Dosimetry Sains Klinikal dan Kesihatan Dr. Rafidah Zainon

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Perak
Cornlet Flour for Diabesity Market Sains Semulajadi, Tulen dan Gunaan Prof. Dr. Wan Rosli Wan Ishak

Pusat Pengajian Sains Kesihatan

Gangsa

i-INOVA 2018 anjuran USIM merupakan platform terbaik ke arah melahirkan generasi pelapis penyelidik yang akan membantu meneruskan kesinambungan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi Islam pada masa hadapan. Ekspo tahun ini adalah edisi ke-8.

  • Created on .
  • Hits: 1206

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024