HILANGNYA SEBUTIR PERMATA SENI
PULAU PINANG, 13 Mac 2018 - Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Samat Salleh yang terkenal dengan sumbangan signifikan terhadap industri seni negara telah pulang ke rahmatullah di sini hari ini pada usianya 73 tahun.
Allayarham dilaporkan meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Hospital Kepala Batas setelah menerima rawatan di sana sejak Januari lalu.
Allayarham dilahirkan pada 18 Mac 1945 dan memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1969.
Kerjaya Allayarham bersama USM bermula pada 1984 selama hampir 32 tahun sehingga bersara wajib pada 2016.
Selain berlakon, Allayarham juga aktif mengarahkan pelbagai persembahan pentas teater dan antara karya Allayarham adalah drama berjudul Pintu, Si Kebayan, Atap Genting Atap Rumbia dan sebagainya.
Pengkarya hebat ini juga pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Teater Kebangsaan 1977 dan pernah menyandang Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Teater Negeri Kedah.
Jenazah Allahyarham disolatkan selepas Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdullah Fahim di Lahar Tiang.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1051