USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TUAH BERKUNJUNG KE KPTN 2018 NOOR NABILAH BAWA PULANG SEBUAH BASIKAL

hjhtj 640x480

USM KUBANG KERIAN, 11 Mac 2018 - Tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk adik Siti Noor Nabilah Che Abdul Rahim apabila berjaya membawa pulang sebuah basikal menerusi cabutan bertuah yang diadakan di Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Kelantan 2018.

Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Tengku Muhamad Faris Petra, Kota Bharu yang ditemui sejurus selepas menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Unit Pusat Universiti, Mazula Sabudin ternyata sangat gembira dengan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

"Saya datang ke sini dengan rombongan sekolah semata-mata untuk mendapatkan maklumat berkenaan kursus-kursus yang boleh diikuti apabila tamat tingkatan 5 nanti, tetapi tidak menyangka berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah pula," katanya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

hjghj 640x480

Sebanyak 115 hadiah termasuk lima buah basikal disediakan untuk cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 Mac di Stadium Mini, Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. 

Karnival yang mensasar 20,000 pengunjung itu bagaimanapun mampu menarik lebih daripada apa yang disasarkan hasil promosi menyeluruh yang dilakukan.

Teks & Foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 1162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024