USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAYUHAN SANTAI PROMOSIKAN KPTN 2018

erger 800x600

USM, KUBANG KERIAN, 2 Mac 2018 – Seramai 30 orang peserta daripada Kelab Basikal Lasak Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menyertai aktiviti kayuhan santai bagi menghangatkan lagi promosi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Kelantan yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan II, USM Kampus Kesihatan pada 10 dan 11 Mac ini.

Sesi 'flag-off' kayuhan santai KPTN 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar, Khairul Eruwan Abd Halim.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Promosi KPTN 2018, Wan Azahar Wan Ahmad berkata, acara berkenaan diadakan bagi mewar-warkan kepada masyarakat tentang KPTN 2018.

"Sepanjang aktiviti ini berlangsung, peserta kayuhan singgah di pasar-pasar tani sepanjang laluan dan mengedarkan poster berkaitan maklumat KPTN 2018 kepada orang ramai serta menjelaskan objektif penganjuran program tersebut.

"Selain itu, acara ini diharap dapat menjadi ‘signal’ kepada pihak pengurusan universiti bahawa pembudayaan bersukan oleh warga staf dalam menyokong agenda #USMFIT melalui pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal tidak kira ‘on-road’ mahupun ‘off-road'," ujarnya.

Aktiviti kayuhan santai pada kali ini memerlukan peserta berkayuh sejauh 50 kilometer yang diketuai oleh Zainal Ariff melibatkan laluan Kota Jembal, Binjai, Pasir Tumboh, Tiong, RTC Tunjong dan Pasir Hor sebelum berkumpul semula di tempat permulaan.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 1134

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024