USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FOKUS MEREKAYASA USM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI PILIHAN DI PTNC 2018

DSC 6154 800x600

NIBONG TEBAL, 23 Februari 2018 – Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018 (PTNC 2018) memperlihatkan fokus utama universiti dalam Merekayasa USM Sebagai Sebuah Universiti Pilihan atau Making USM A Preferred Universiti By Design.

Mengupas akan perkara ini, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menggesa agar warga universiti untuk mencari keunikan yang akan memacu ke arah pencapaian semasa dan akan datang yang lebih baik serta selari dengan motto Kami Memimpin.

“Sudah tiba masanya untuk kita meneroka lebih banyak peluang yang wujud di dalam negara dan antarabangsa melalui kekuatan kita sebagai universiti pilihan yang seterusnya akan memacu kepada konsep Anak Sulong yang sering mendahului dalam pelbagai bidang sanjungan,” kata Asma.

DSC 6162 800x600

Malah, beliau turut menggalakkan agar sistem-sistem yang berlandaskan kepada kepakaran universiti diperhalusi dengan lebih cemerlang dalam usaha untuk memenuhi kehendak serta menarik minat komuniti secara keseluruhan.

Naib Canselor dalam perutusannya turut menegaskan akan kesungguhan serta dedikasi USM sebagai Universiti APEX untuk menghasilkan graduan dengan ciri-ciri HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) yang tepat untuk menjadi relevan dengan pelbagai cabaran di alaf baru ini.

DSC 6144 800x600

“Merujuk kepada HEBAT, kita mesti membina kumpulan pelajar yang berperwatakan serta berfikiran global yang disokong melalui pelbagai jaringan hubungan di dalam dan luar negara seperti Asia-Pacific Community Engagement Network (APUCEN), ASEAN Student Entrepreneurship Network (ASEnet) dan e-Journal for Community and Industry Engagement,” kata Asma.

“Dengan sebab itu juga, kita telah mewujudkan program ‘satu pelajar satu passport’ gaya USM yang akan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia antarabangsa berlandaskan kepada pembelajaran sosial (experiential learning) dalam kursus-kursus pembelajaran masing-masing sebelum tamat pengajian mereka di universiti,” tambah beliau lagi.

Pelan tindakan lain yang turut disuarakan oleh Naib Canselor adalah fleksibiliti dan kebolehsuaian melalui Pendidikan FRIVO yang mempunyai inisiatif hala tuju sendiri, interaksi sosial dan lintas budaya, produktiviti dan kebertanggungjawaban serta memupuk agenda kemapanan APEX dalam pelajar HEBAT.

DSC 6132 800x600

Turut sama hadir adalah suami Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zakaria; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; pengurusan tertinggi universiti dan Dekan-dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim

  • Created on .
  • Hits: 1316

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024