NOORILHAM BIN ISMAIL PEMENANG PINGAT EMAS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
10 Februari 2018 - Setinggi-tinggi tahniah kepada Noorilham bin Ismail, 28, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) berasal dari Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor yang menerima Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia pagi ini.
Anugerah disampaikan oleh Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad.
Pihak Persatuan Sejarah Malaysia mewujudkan anugerah ini sejak 1998 sebagai cara untuk meningkatkan minat dan menggalakkan kajian yang bermutu tentang sejarah. Ia dianugerahkan kepada siswazah terbaik dalam kursus Sejarah Malaysia, gabungan keputusan semua tahun pengajian.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1404