USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WACANA KEPIMPINAN TeRamPiL: MENGURUS PERUBAHAN “CHANGE MANAGEMENT” OLEH PROFESOR DR. AHMAD FARHAN MOHD SADULLAH

WEUSM TERAMPILTPG103 v1.0

Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) dijemput menghadiri Wacana Kepimpinan TeRamPiL pada Selasa, 13 Februari 2018 jam 9.00 pagi di Dewan Bankuet, Bangunan Canselori II, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia.

Siri Wacana Kepimpinan TeRamPiL ini akan disampaikan oleh salah seorang Pegawai Utama Universiti iaitu Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa dengan tajuk Mengurus Perubahan “Change Management”.

Beliau akan membicarakan serta mengupas tentang peranan pemimpin/penyelia serta warga USM dalam konteks mengurus perubahan dalam urusan kerja, perancangan strategik yang selari dengan tuntutan semasa dalam era IR 4.0 serta transformasi unsur kerja yang lebih dinamik, responsif dan memenuhi aspirasi Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara.

Permohonan untuk menghadiri program ini boleh dibuat dengan melayari laman web https://campusonline.usm.my/ dan klik pada menu MyCPD. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Transformasi Insan (PTi) USM di talian 04-653 6440, 6441, 6456, 6448 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor, memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada The Catholic University of America, Washington DC. (1988);  Diploma Imperial College (DIC) daripada Imperial College of Science, Technology and Medicine (1990); Sarjana Sains dalam bidang Pengangkutan (MSc. in Transport, 1990) daripada University of London dan Doktor Falsafah dalam Pengajian Pengangkutan (Ph.D. in Transport Studies, 1995) daripada University of London.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah USM pada tahun 1995, pernah menyandang jawatan Penyelaras Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi (2000-2004); Dekan, Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi (2004-2006); Pengarah Inovasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM (2006-2007); Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM; Pengarah Kampus Kejuruteraan dan kini sebagai Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa.

Beliau pernah juga dipinjamkan sebagai Ketua Pengarah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) pada tahun 2008 – 2011.  Sejak tahun 2016, beliau dilantik sebagai Ketua Kluster NBOS Keselamatan Jalanraya Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Beliau turut terlibat dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang melibatkan bidang kepakarannya iaitu pengangkutan yang meliputi keselamatan jalan raya, pengangkutan awam, kelestarian pengangkutan, Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System - ITS) serta tingkahlaku perjalanan dan kejuruteraan trafik (travel behaviour and traffic engineering).

Sejak 2010, beliau dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh YAB Perdana Menteri. 

Dalam dunia profesional, beliau merupakan Ahli Majlis Road Engineering Association of Malaysia (REAM), Ahli Majlis Intelligent Transport System (ITS) Malaysia, Ahli Institution of Transportation Engineers (ITE), Institution of Engineers Malaysia (IEM), Road Engineering Association of Asia and Australia (REAAA), Transportation Science Society of Malaysia (TSSM). Beliau kini merupakan ahli International  Scientific Committee (ISC) untuk East Asia Society of Transportation Science (EASTS) dan pernah menjadi Pengerusi World Road Association (PIARC) Road Safety Operations bagi tempoh 2008 hingga 2011.  Pada Jun 2013, beliau dilantik sebagai ahli Panel Profesional untuk melihat kembali keselamatan industri pembinaan jalan raya di Malaysia. 

Beliau menerima Anugerah Tokoh Keselamatan Jalan Raya 2015 dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

#Learn

Teks: Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar USM

  • Created on .
  • Hits: 1434

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024