USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DI LANDASAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA - LU YING YI

 DSC 54163

PULAU PINANG, 24 Januari 2018 – Melihat kepada fasiliti dan prasarana yang dimiliki oleh Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan USM berada di landasan terbaik menerajui penyelidikan dan pembangunan sukan bukan sahaja di peringkat universiti malah peringkat antarabangsa.

Demikian kata Profesor Dr. Lu Ying Yi, pakar Pengurusan Sukan dan Rekreasi dari Taiwan yang kini berkhidmat di Aletheia University Taiwan yang amat kagum dan teruja dengan pembangunan sukan di USM secara keseluruhannya.

“Dengan adanya penawaran program akademik dalam bidang Sains Sukan di Kampus Kesihatan, Kelantan seiring dengan kemajuan prasarana sukan di kampus Induk Pulau Pinang, tidak mustahil USM mampu menggerakkan pembangunan sukan di negara ini dan berkongsi kepakaran dimiliki untuk pembangunan sukan di Taiwan.”

Beliau yang juga pakar dalam bidang Sukan Sosiologi, Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan pernah berkhidmat di Shanghai University of Sports, China turut berharap kolaborasi antara USM dan Aletheia University dapat dimeterai selepas delegasi pulang ke Taiwan bagi mencadangkan kerjasama yang bakal diadakan antara kedua-dua pihak.

“USM merupakan Institusi Pendidikan Tertinggi yang dipilih oleh Aletheia University di Malaysia dan rantau ASEAN kerana memperlihatkan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa termasuklah pengurusan segala aspek sukan yang dikatakan antara yang terbaik,” jelasnya lagi ketika ditemui selepas sesi taklimat dan lawatan fasiliti sukan di sekitar kampus.

Ying Yi turut berbesar hati sekiranya pihak USM-Aletheia dapat melaksanakan pertukaran staf dan pelajar USM (jangka pendek) Taiwan-Malaysia bagi sesi pertukaran pengetahuan dan praktikaliti sukan antara kedua-dua buah institusi.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
Foto: Mohd Fairus Md. Isa
  • Created on .
  • Hits: 1572

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024