USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN ALETHEIA UNIVERSITY TAIWAN

DSC 5419

PULAU PINANG, 24 Januari 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Pengurusan Sukan, Aletheia University, Taiwan bagi  melihat kepakaran dan kemudahan sukan USM seterusnya mewujudkan kolaborasi antabangsa untuk masa hadapan.

Delegasi Aletheia University diketuai Profesor Dr. Lu Ying Yi, pakar dalam Pengurusan Sukan dan Rekreasi bersama 12 orang Profesor bidang yang sama disambut oleh mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zakaria; Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Muhamad Mohd Hanif dan pegawai-pegawai utama bertempat di Stadium Olahraga, Pusat Sukan dan Rekreasi USM.

DSC 5386

Pada sesi lawatan selama 3 jam antara lainnya membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kemudahan sukan dan penawaran akademik bagi tujuan pembangunan sukan kedua-dua buah negara.

Pada sesi taklimat, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zakaria berkata, kerjasama di antara kedua-dua buah institusi antarabangsa cukup memberi impak positif kepada pembangunan sukan terutamanya mempelajari sesuatu yang baharu daripada teknologi kepakaran dari Taiwan.

 DSC 5438

“Saya mengharapkan selepas pertemuan ini akan berlaku pertukaran ilmu termasuklah tenaga pengajar dan pelajar bagi tujuan terbabit.”

Jelasnya, sememangnya USM juga amat inginkan pendedahan luar peringkat antarabangsa yang mampu meningkatkan kualiti sukan di USM.

Pada majlis yang sama, Ying Yi berkata sememangnya kerajaan Taiwan mengalu-alukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan untuk berkolaborasi di dalam bidang sukan dan rekreasi terutamanya dengan IPT di Malaysia yang mempunyai prasarana dan kemudahan sukan antara yang terbaik di rantau ASEAN.

DSC 5449

“USM adalah antara IPT yang dipilih berdasarkan kepada reputasi dan kualiti akademik dan sukan yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Taiwan dan Malaysia.”

Tambah Ying Yi, atas sebab itulah saya membawa semua Profesor yang pakar dalam bidang sukan masing-masing untuk bersama-sama menilai dan mencari kaedah terbaik berkobalorasi dengan USM memandangkan USM antara yang terbaik dari segi fasiliti akademik dan sukan.

“Pihak Aletheia University amat mengharapkan penyertaan USM dalam apa juga aktiviti, majlis dan persidangan yang dianjurkan bagi bersama-sama berganding bahu merealisasikan hasrat kedua-dua pihak.”

Selepas sesi taklimat dan perbincangan, delegasi turut dibawa melihat kemudahan sukan yang disediakan seperti Stadium Olahraga, Stadium Hoki, Kompleks Tan Sri Azman Hashim, gelanggang tenis dan lain-lain.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 2187

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024