USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERUSI PERGIGIAN BERIMEJKAN KARTUN TARIK KANAK-KANAK LAKUKAN RAWATAN GIGI

DSC 5011 800x600

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Januari 2018 – Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma dan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang mula beroperasi pada awal tahun ini menjadi tumpuan bagi perawatan pergigian mesra kanak-kanak kerana mempunyai kerusi pergigian unik berimejkan watak animasi yang boleh mengurangkan ketakutan pada kanak-kanak ketika melakukan rawatan gigi.

Hasil daripada kerjasama pintar bersama rakan strategik, Meichen Stomatological Hospital, China, membolehkan Hospital USM menerima dua kerusi pergigian khas yang dihasilkan khusus untuk keperluan rawatan kanak-kanak dan golongan kelainan upaya (OKU).

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein, selain menerima dua buah kerusi pergigian kanak-kanak ini, Klinik Pakar Pergigian Hospital USM juga menyediakan 29 kerusi pergigian untuk pengajaran dan pembelajaran serta 12 kerusi pergigian untuk rawatan pakar-pakar pergigian meliputi pelbagai bidang kepakaran.

DSC 5061 800x600

DSC 5090 800x600

"Antara khidmat yang ditawarkan ialah pembedahan Oral Maksilofasial, pergigian kanak-kanak dan keperluan khas, Prostodontik, Periodontik, Konservatif dan Endodontik, Ortodontik, perubatan Oral dan Patologi Oral, kesihatan awam pergigian serta rawatan pergigian umum.

"Perkhidmatan Pergigian Hospital USM juga berhasrat untuk menjadi pusat rujukan terkemuka di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa dengan menawarkan rawatan-rawatan khas seperti Pembedahan Ortognatik, Maksilofasial Prostodontik dan lain-lain di samping rawatan-rawatan kepakaran umum," jelasnya.

DSC 5077 800x600

Majlis perasmian Klinik Pakar Pergigian ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan disaksikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1659

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024