USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PELOPOR PROGRAM RICH KELANTAN

fbghtrgh

USM, KUBANG KERIAN, 12 Januari 2018 – Program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) iaitu kupasan teknik mendidik anak-anak daripada  Rahsia Surah Luqman buat julung kalinya diadakan di Negeri Kelantan dan menjadikan Masjid Mukim Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai lokasi pelancaran dan yang pertama mengadakan program tersebut.

Program kerjasama antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Rumah Ngaji Kelantan ini turut didokong oleh Kumpulan Media Karangkraf, Akademi Sinergi Ikhlas serta USM.

gbgbgb

Program yang bermula seawal jam 4.30 pagi ini diimarahkan dengan qiamullail, solat subuh berjemaah serta kupasan ayat Surah Al-Luqman tentang pesanan Luqman 'Didik Anakmu Agar Bersyukur'. 

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Dr. Adam Husein yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan dalam ucapan aluannya berkata, program baharu ini sangat baik, kerana Al-Quran merupakan panduan lengkap yang menyuluh kehidupan manusia, dan merupakan sumber penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi oleh manusia.

"Penganjuran program ini adalah selari dengan usaha yang dilakukan oleh Kampus Kesihatan USM dalam mendidik masyarakat selain daripada kelas akademik dalam bilik kuliah, contohnya melalui Pusat Islam, setiap tahun dianjurkan “Bulan Cakna Al-Quran serta penubuhan Rumah Ngaji @Pusat Islam Kampus Kesihatan pada tahun 2017 bagi memberi kemudahan kepada warga kampus dan ahli kariah mempelajari serta mendalami intipati Al-Quran.

efeff

Program RICH telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Hj Che Mohd Rahim Hj. Jusoh yang turut melancarkan My Family #Quranhour #Savingfamilies peringkat negeri Kelantan.

Lebih 200 orang peserta terdiri daripada warga USM, pelajar sekolah berhampiran, orang perseorangan serta kariah masjid telah menyertai program ini. 

nhjynmhn

rfregfv

Turut hadir Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, Tn Hj. Mahadi Awang; Pengarah Urusan Akademi Sinergi Ikhlas merangkap Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Tuan Fazrul Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff; Timbalan Pengerusi Gabungan Rumah Ngaji Malaysia, Datin Norhani Mohd Affandi; Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Profesor Madya Dr Hj. Wan Nudri Wan Daud; Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Khairul Azmi Ahmad dan Pengarah Program RICH & Majlis Pelancaran MyFamily#Quran Hour #Saving Families Peringkat Negeri Kelantan, Dr. Mohd Assyakir Shamsuddin.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Mohd Hafiz Yaa'cob

  • Created on .
  • Hits: 1353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024