USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HEPAFIT UNTUK KESIHATAN STAF HEPA

DSC 4942 800x600

USM, PULAU PINANG, 11 Januari 2018 - #HEPAFIT yang diperkenalkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) adalah sebahagian daripada aktiviti untuk membantu dalam menjaga kesihatan dan kecergasan staf. 

“Inisiatif ini adalah bagi menyahut seruan Naib Canselor dalam melaksanakan #USMFIT dan kami memilih untuk melaksanakannya lebih awal bagi semua staf membiasakan diri untuk bersukan,” kata Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein semalam. 

“Alhamdullillah semua staf di HEPA menunjukkan komitmen yang tinggi serta memberikan sokongan untuk menjadikan HEPA sebagai satu PTJ contoh,” tambah Adnan. 

“Saya juga berharap setiap desasiswa akan menganjurkan program kesihatan dan kecergasan dengan keunikan yang tersendiri untuk para pelajar,” kata Adnan yang turut berjalan di sekitar kampus dan bersenamrobik dengan lebih 50 orang staf HEPA dan juga jabatan lain.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1033

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024