USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKSIS USM UNGGULI SUTRA ZON UTARA 2015

IMG 1127srg

PULAU PINANG, 25 April 2015 -  Universiti Sains Malaysia (USM) bukan sahaja berjaya menghasilkan pelajar cemerlang dari segi pencapaian akademiknya, malah juga ko-kurikulumnya yang dibuktikan apabila muncul sebagai johan keseluruhan Temasya Sukan Suksis IPTA Zon Utara (SUTRA) 2015. 

SUKSIS USM berjaya mengutip tujuh pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa daripada sembilan acara yang dipertandingkan sepanjang temasya tahunan itu.



IMG 1150ssd Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal yang mewakili Naib Canselor ketika berucap menutup temasya sukan tersebut menegaskan bahawa selain kecemerlangan akademik, USM juga amat menekankan kejayaan di dalam bidang ko-kurikulum selaras dengan misi universiti.

"Graduan yang holistik merupakan pemangkin dan tulang belakang kepada kejayaan yang sebenarnya dengan graduan perlu seimbang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum untuk  merealisasikan insan minda kelas pertama ataupun insan kamil," kata Shukri.

Tambah Shukri, setiap pelajar perlu menggunakan peluang yang ada di hadapan mata sebaik mungkin  semasa belajar di universiti agar memperoleh manfaat dan melatih sifat kepimpinan masa hadapan.

 

IMG 1032

Pengarah Projek SUTRA 2015, Saudara Ariff Mursyidi Juhari mengharapkan agar semangat kusukarelawanan serta ukhuwah yang terjalin sepanjang program ini berlangsung dapat mengukuhkan lagi ikatan sedia ada dalam kalangan anggota SUKSIS demi kebaikan bersama.

SUTRA yang masuk tahun keenam anjurannya pada tahun ini merupakan program yang dianjurkan sepenuhnya oleh SUKSIS USM.

Program yang bermula dari 24 April ini berjaya mengumpulkan seramai 732 peserta termasuk lima buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Pulau Pinang, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

IMG 1058dffg



Hadir sama ialah,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Nazarudin Zainun.

SUTRA 2016 akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia.Teks : Siti Naquiah Abdillah & Syuhada Abd Aziz   Foto : Mohd Fairus Md.Isa

  • Created on .
  • Hits: 1434

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024