USM TERIMA KUNJUNGAN BPP UNIVERSITY DAN ANSHAN NORMAL UNIVERSITY
PULAU PINANG, 3 Januari 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan BPP University, London, United Kingdom dan Anshan Normal University, China bagi membincangkan potensi kolaborasi pendidikan tinggi antara ketiga-tiga universiti.
BPP University diwakili oleh Richard Simmons CBE, Pengerusi Eksekutif BPP Group dan Pengerusi BPP University manakala Anshan Normal University, China diwakili Profesor Vincent Xiaoguang Qi.
Kehadiran delegasi disambut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bersama pegawai-pegawai utama universiti dan perbincangan bersama telah diadakan bagi mengenalpasti jalinan kolaborasi yang bersesuaian dengan kepentingan dan pembangunan pendidikan tinggi negara.
Turut hadir adalah Dr. Jin Hooi Chan, selaku wakil dari Malaysia yang menemukan ketiga-tiga pihak dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di University of Greenwich, London, United Kingdom.
Pada sebelah pagi, delegasi pelawat telah mengadakan perbincangan dengan staf akademik di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang dipengerusikan oleh Dekan, Profesor Dr. Azlinda Azman.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
- Created on .
- Hits: 1171