USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERTINGKATKAN SUMBANGAN KEPADA UNIVERSITI

25325600828 008a05ce79 k 800x600

PULAU PINANG, 19 Disember 2017 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyarankan semua warga Universiti untuk mempertingkatkan sumbangan kepada kejayaan universiti dan tidak hanya tertumpu kepada tugasan-tugasan tertentu sahaja.

“Kehebatan Universiti adalah hasil usaha dan kejayaan kita semua sebagai warga USM dan jangan dilupa meraikan juga pencapaian para pelajar dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum,” tambah beliau.

Naib Canselor berkata demikian di Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Universiti 2017 yang meraikan 386 orang staf dalam tiga kategori iaitu Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Sanjungan Budi dan Anugerah Pengiktirafan Universiti.

39190831551 d230fc1470 k 800x600

Majlis penghargaan ini diadakan buat kali kedua dan dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar bagi mengiktiraf pencapaian dan menghargai khidmat bakti staf.

Seramai 176 staf yang berpencen pada tahun ini menerima Anugerah Jasamu Dikenang manakala 34 orang staf menerima Anugerah Sanjungan Budi iaitu staf yang telah berkhidmat dengan Universiti selama 25 tahun.

Pada majlis yang sama, seramai 176 orang staf yang berjaya dalam proses kemajuan kerjaya iaitu kenaikan pangkat dalam pelbagai gred jawatan menerima Anugerah Pengiktirafan Universiti.

24330094717 8380dd08b7 o 640x480

24330012157 b1d46bd6de k 800x600

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pendaftar Profesor Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Dr. Musa Ali serta ketua-ketua jabatan dan pegawai utama universiti.

Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 2604

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024