USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TUJUH ALUMNI YSS TERPILIH SERTAI TIGA PROGRAM BERPRESTIJ

WhatsApp Image 2017 11 23 at 9.54.16 AM

PULAU PINANG, 23 November 2017 – Seramai tujuh orang Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih menyertai tiga program berprestij di atas kecemerlangan prestasi semasa menyertai pelbagai Misi Sukarelawan Siswa di dalam dan luar negara.

Wakil dari Kampus Induk USM ialah Hajeriah binti Bosman (PP Ilmu Pendidikan), Shahid bin Dzayuddin (PP Sains Kajihayat), Muhd Nadzmi bin Abd Rahim (PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dan Nor Shazeelyna binti Abas (PP Sains Kemasyarakatan).

Manakala wakil dari Kampus Kesihatan ialah Bebiyana binti Bidin (PP Sains Kesihatan), Narenda Chanpratsit A/P Bua (PP Sains Kesihatan) dan Nurol Asma' binti Zalizan (PP Sains Kesihatan).

Program yang disertai mereka ini ialah YSS Volunteer Leadership Development Programme yang berlangsung dari 20, 21 dan 26 November 2017 dengan tema 'Globalisation and Internationalisation".

Mereka juga turut menyertai delegasi Yayasan Sukarelawan Siswa mewakili Malaysia dalam 15th International Association for Volunteer Effort (IAVE) dalam Asia-Pacific Youth Volunteers Conference (22 dan 23 November) serta Asia Regional Volunteers Conference (24 dan 25 November).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1395

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024