USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI REPUBLIK KYRGYZSTAN

IMG 0104dfgh

PULAU PINANG, 23 April 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) hari ini menerima kunjungan delegasi dari Republik Kyrgyzstan di bilik seminar PiPPA USM.

Delegasi Kyrgyzstan seramai 11 orang itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Baiamanova Zuura dan pegawai kanan kerajaan. 

IMG 0106ghg

IMG 0107h

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, beliau amat gembira dengan kunjungan mereka untuk menjalin peluang kerjasama dengan USM pada masa hadapan.

"Saya berharap melalui kunjungan ini, hubungan USM dengan Republik Kyrgyzstan dapat diperkukuhkan melalui lebih banyak aktiviti bersama dalam berkongsi pengalaman dan kolaborasi terutamanya dalam aspek kewangan dan pentadbiran awam pada masa akan datang," kata Omar.

Dalam ucapannya Baiamanova Zuura turut mengharapkan kunjungan tersebut akan membolehkan kedua-dua pihak berkongsi dan bertukar-tukar pendapat berkenaan idea pentadbiran dan pengurusan USM sebagai sebuah universiti APEX dengan Kyrgyzstan pada masa akan datang dan ini merupakan peluang yang diharapkan dapat memperkukuh bidang pentadbiran awam dan kewangan," ujar Baiamanova Zuura lagi.

IMG 0120gfg

IMG 0126

IMG 0135ddf

Terdahulu, Pengarah PIPPA Dr. Musa Ali dalam sesi pembentangannya berkenaan sistem pentadbiran dan program-program yang telah dilaksanakan oleh PiPPA turut mengalu-alukan kedatangan pihak berkenaan.

IMG 0160dfbh

Hadir sama ialah, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pengantarabangsaan) PiPPA, Profesor Madya Dr. Mohd. Rodzi Ismail, para pegawai dari University of Malaya Centre of Regulatory Studies (UMCoRS) dan para pegawai USM. Teks:  Siti Naquiah Binti Abdillah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa​

  • Created on .
  • Hits: 986

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024