USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ZIARAH ILMU PUSAT ISLAM USM SASAR TINGKAT PRODUKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

screenshot.3
 
KUALA TERENGGANU, 12 November 2017 - Program Ziarah Ilmu Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) ke beberapa institusi pendidikan sekitar Terengganu mampu memberi impak positif terhadap produktiviti dan perkhidmatan Pusat Islam kepada komuniti dalam dan luar kampus.
 
Program ini membolehkan Pusat Islam memahami dan menghayati corak pentadbiran pendidikan rendah sehingga pendidikan tertinggi di Terengganu, sekaligus membantu Pusat Islam untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya ke arah yang terbaik kualitinya.
 
Menurut Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Sofri Yahya, sememangnya Pusat Islam amat dahagakan ilmu, pengalaman baru apatah lagi perubahan ke arah mencapai tadbir urus yang lebih baik dan berkesan. 
 
screenshot.4
 
"Atas sebab itu kita korbankan masa hari ini adalah untuk mempelajari ilmu dan kepakaran urus tadbir institusi pendidikan lain agar kita dapat membuat lonjakan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan buat pelanggan."
 
Tambahnya, hasil program ini sedikit sebanyak  memberikan ruang kepada idea yang telah dikongsi untuk dipraktikkan selepas ini.
 
"Apatah lagi pada bulan Mac lalu Naib Canselor telah meluluskan penubuhan Pejabat Wakaf USM di bawah seliaan Pusat Islam, dan ini memerlukan bantuan kepakaran seperti UniSZA bagi berkongsi pengalaman tadbir urus wakaf di universiti tersebut," katanya lagi.
 
screenshot.5

Terengganu yang sinonim dengan pengurusan akademik terbaik menjadi pilihan USM bagi berkongsi kepakaran pendidikan rendah melalui program lawatan ke Tadika Yayasan Islam Terengganu sehingga ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 screenshot7
Turut hadir bersama menjayakan program ini adalah Pengarah Pusat Islam UniSZA, Dr. Mohd Shafiee Hamzah; Pengarah Pejabat Wakaf UniSZA, Prof. Madya Dr. Azrin Adnan; Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Tadika Yayasan Islam Terengganu, Wan Aidi Rahmat.
 
Teks dan Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar
  • Created on .
  • Hits: 1540

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024