USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM BERGOTONG-ROYONG BERSIHKAN PANTAI DI PULAU PINANG

24BD93ED 0ED3 447E B9A3 7DFC7723E681

GERTAK SANGGUL, 15 Oktober 2017 – Seramai 35 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berkesempatan untuk bergotong-royong bersama penduduk kampung di pantai Gertak Sanggul, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut peserta, Mohd Uzair Ahmad, beliau besyukur kerana dapat memerah keringatnya dalam program baktisiswa ini dan berbakti untuk membersihkan pantai di sekitar Gertak Sanggul bersama rakan-rakan lain.

“Moga usaha kecil ini mampu memberi seribu satu makna dan pengalaman pada kami semua dan yang penting ialah mendapat hikmah yang lebih besar yakni pengalaman, pengukuhan jaringan, kesukarelawanan dan penghargaan yang amat besar bagi kami,” jelas mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang 2016/2017 itu.

D437C991 42E6 4E25 817C 66EA72AB91D4

Uzair juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada Penyelaras Najib Razak Club (NRC11), Nomi Juliana Min yang sudi memberi peluang kepada pelajar USM untuk secebis pengalaman berharga ini.

Rata-rata penduduk yang terlibat juga memberi maklum balas yang positif mengenai penganjuran aktiviti sebegini kerana ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara pelajar institusi pengajian tinggi untuk berbakti bersama masyarakat setempat dalam kerja sosial sebegini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 2210

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024