USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM KESUKARELAWANAN ERAT HUBUNGAN SESAMA WARGA IPPT

Hari Sukarelawan IPPT 2017

BERTAM, 30 September 2017Seramai lebih kurang 250 orang staf dan pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjayakan Program Hari Sukarelawan IPPT 2017.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekitar kampus IPPT dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja dan pelajar IPPT.

Menurut Pengarah IPPT, Dr. Norehan Mokhtar, beliau melahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga IPPT dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan.

Kehadiran semua pada hari ini menunjukkan bahawa warga IPPT memberikan sokongan padu bagi memastikan usaha kita pada hari ini akan membuahkan kejayaan seperti yang diharapkan,” katanya.

“Saya amat berharap agar program yang julung-julung kali diadakan ini akan dijadikan sebagai salah satu acara tahunan IPPT.”

“Sebagai permulaan untuk tahun ini kita mulakan dengan aktiviti di kampus kita sendiri dan pada tahun-tahun akan datang, kita akan kembangkan aktiviti kesukarelawanan ini untuk masyarakat luar,” tambahnya lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian program berkenaan.

Program separuh hari ini juga turut disertai oleh Sukarelawan COMBI (Communication For Behavioural Impact) IPPT iaitu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit khususnya penyakit demam denggi.

Turut hadir sama dalam aktiviti ini ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin.

Teks: Mohd Faisal Jamaludin

  • Created on .
  • Hits: 1086

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024