12 RIBU PELAJAR USM LAYAK MENGUNDI
USM, PULAU PINANG, 5 Oktober 2017 - Majlis Pemilihan Siswa (MPS) Sidang 2017/2018 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan seramai 12,148 yang layak mengundi dalam memilih calon bagi kerusi Pusat Pengajian dan Umum bagi ketiga-tiga kampus.
Enam kerusi bagi calon konsituensi Umum diperuntukkan dan sebanyak tujuh calon yang diterima untuk pemilihan pada kali ini.
Sementara itu, bagi kerusi Pusat Pengajian pula, sebanyak 17 kerusi diperuntukkan dan 12 telah menang tanpa bertanding iaitu Pusat Pengajian Pengurusan, Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Komunikasi, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Pusat Pengajian Sains Kimia, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Institut Pengajian Siswazah (Umum dan Pusat Pengajian).
Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini berlangsung serentak di ketiga-tiga kampus iaitu di Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.
Sementara itu, penjumlahan pemilihan akan diadakan pada hari yang sama selepas jam 5.00 petang yang akan dihadiri oleh Naib Canselor USM.
Teks: Syuhada Abd. Aziz
- Created on .
- Hits: 1218