USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FATIN UNGGULI KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UNISZA

mhbmb 640x480

USM, PULAU PINANG, 3 Oktober 2017 - Atlet memanah wanita Universiti Sains Malaysia (USM) yang tidak asing lagi, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh tampil bergaya apabila mengungguli kejohanan memanah terbuka UniSZA ke-5 yang berlangsung dari 26 September hingga 1 Oktober 2017 di UniSZA.

Beliau mengungguli acara kegemarannya iaitu compound dan berjaya mengenepikan pencabar-pencabar dalam acara wanita compound, berpasukan compound dan campuran compound untuk menjadi juara.

Fatin juga baru-baru ini terpilih untuk mewakili negara ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2017 yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 di Taipei, Taiwan.

Fatin, 26, yang berasal dari Sabah merupakan penuntut dalam bidang Sarjana Sains Sukan di Pusat Pengajian Sains Perubatan telah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan memanah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sepanjang penglibatannya, Fatin telah memenangi beberapa kejohanan dunia iaitu Compound Wanita di Kejohanan Memanah Universiti Asia (1 emas), Kejohanan Memanah Piala Dunia 2015 (1 emas berpasukan), Kejohanan Memanah Piala Asia 2015 (1 perak berpasukan dan 1 gangsa individu), Kejohanan Memanah ASEAN 2015 (1 gangsa berpasukan), Sukan SEA ke-28 Singapura (3 emas untuk individu, berpasukan dan campuran).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1209

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024