USM WAKIL PULAU PINANG DI PERTANDINGAN AKHIR PENGISAHAN NEGARAKU PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
SABAK BERNAM, 1 Oktober 2017 - Kumpulan dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Akhir Pengisahan Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung pada hari ini.
Peringkat Akhir menampilkan keseluruhan 5 pasukan bertanding iaitu dari Melaka (Tun Ghafar Baba); Kelantan (P. Ramlee); Pulau Pinang (Kanang Anak Langkau); Selangor (Lt. Adnan); dan Negeri Sembilan (Rukun Negara).
Pengisahan yang bertajuk Kanang Anak Langkau: Pahlawan Bumi Kenyalang dari USM telah berjaya menjadi Johan Pengisahan Negaraku Pulau Pinang pada penghujung Julai lalu dan mewakili negeri Pulau Pinang di pertandingan ini.
Skrip yang ditulis dan diarahkan oleh Pegawai Kebudayaan Dewan Budaya Ahmad Hashim atau nama penanya Senibayan mengisahkan tentang Kanang Anak Langkau seorang perwira yang telah menerima pelbagai anugerah di peringkat nasional dan juga negeri. Kisah yang diangkat mengenai perjuangan dan jasa bakti yang diberikan Kanang sepanjang berkhidmat sebagai seorang askar.
Pertandingan ini diadakan di Dewan Politeknik Sultan Idris Shah dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1107