USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SALLEH YAAPAR TOKOH PENDIDIKAN PEMENANG (1439H) 2017

WhatsApp Image 2017 09 22 at 11.11.48 AM

PULAU PINANG, 22 September 2017 - Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar menerima anugerah Tokoh Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) bagi kategori Tokoh Pendidikan sempena Awal Muharram 1439H.

Salleh juga awal tahun ini telah menerima Anugerah Perdana bagi Penyelidik Sastera dan Budaya Melayu Prolifik bersama dengan 9 lagi penerima di Majlis Anugerah Buku Negara dan Pengumuman Calon Anugerah Telenovela tahun 2017.

Yang turut menerima anugerah ialah YBhg Dato’ Dr. Azhar Bin Amir Hamzah (Tokoh Perubatan); YBhg Profesor Emeritus Dr. Omar Farouk Bin Sheikh Ahmad (Tokoh Pendidikan); YBhg Datin Hajah Ros Suryati Bt Alang (Tokoh Kemasyarakatan); Safarrudin Bin Mohd Zain (Tokoh Sukan); Abdul Aziz Bin Omar (Tokoh Kemasyarakatan); Abass Bin Abu Bakar (Tokoh Seni/Budaya) dan Encik Mohd Hashim Bin Mohd Sharif (Tokoh Seni).

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) diasaskan pada 27 Mac 1927 dengan nama Penang Malay Association (P.M.A) dan sejak penubuhannya hingga kini, ianya telah menjadi suara bangsa Melayu Pulau Pinang.

Peranan PEMENANG ialah menyatupadukan orang Melayu di Pulau Pinang dan mendapatkan persefahaman serta membantu sesama ahli khasnya dan seluruh orang-orang Melayu amnya dalam hal ehwal kehidupan masyarakat, agama, adat istiadat, bahasa, pelajaran, ekonomi, kebudayaan, kesenian, dan sukan.

Selain itu, ia juga mengadakan bimbingan kepada orang Melayu ke arah perubahan berfikir untuk kemajuan dalam segala lapangan mengikut peredaran masa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1758

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024