USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FARAH ELIANI DINOBAT IKON SISWI USM - #SAYHERNAME

WhatsApp Image 2017 09 21 at 2.10.23 PM

USM PULAU PINANG, 21 September 2017 - Mantan Yang DiPertua Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, Siti Farah Eliani binti Soleh dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan #SAYHERNAME, sekaligus diangkat menjadi ikon siswi USM setelah dua pusingan akhir berlangsung kelmarin.

#SayHerName merupakan pertandingan pengucapan awam khas untuk mahasiswi USM, dengan peringkat saringan dilakukan pada 13 dan 14 September 2017 dan seramai 5 finalis telah dipilih ke peringkat akhir, dan pentas final menyaksikan lontaran idea oleh finalis mengenai wanita dalam politik, keusahawanan, kepimpinan dan sebagainya.

Farah dilihat petah berkata-kata mengenai penglibatan wanita dalam pelbagai bidang pada pusingan pertama, dan pembinaan kredibiliti wanita dalam pendidikan tinggi menerusi tajuk 'Rethinking Women on Higher Education' pada pusingan kedua. Pelajar Tahun Tiga Pusat Pengajian Komunikasi itu telah memenangi hadiah berupa seutas gelang berjenama Swarvoski.

Tempat kedua dimenangi Pelajar Tahun Dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Nor Asmiedar Harun manakala Pelajar Tahun Satu dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Nor Syuhada mendapat tempat ketiga. Masing-masing memenangi hadiah set alat solek jenama Sephora dan tudung jenama dUckscarves.

Dua finalis lain termasuk Maiesarrah Mohd Asmawi dan Puteri Nuralifah Ilyana, kedua-duanya merupakan Pelajar Tahun Dua Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Majlis perasmian #SayHerName telah disempurnakan oleh mantan Senator Dewan Negara, Y.Bhg Datuk Norliza binti Abdul Rahim.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1313

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024