USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARYA 'DIKIR DARI RIMBA' PENANG OPERA NAIB JOHAN MALAM GALA FESTIVAL TEATER PULAU PINANG 2017

WhatsApp Image 2017 09 18 at 12.41.50 AM

PULAU PINANG, 18 September 2017 - Kumpulan penggiat teater Penang Opera telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan apabila mendapat Naib Johan Malam Gala Festival Teater Pulau Pinang 2017 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee JKKN Pulau Pinang kelmarin.

Mempertaruhkan karya Dikir Dari Rimba iaitu sebuah naskhah yang unik berkisarkan pertembungan dua ideologi, pasukan ini telah berjaya mengenepikan 7 lagi pencabar lain pada tahun ini.

Karya ini adalah daripada Pegawai Kebudayaan Dewan Budaya Ahmad Hashim atau nama penanya 'Senibayan' dan merupakan arahan Pegawai Kebudayaan Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Zulkifli Che Hussin (Abe Yoh).

Penang Opera turut bertuah apabila Pelakon Lelaki Terbaik dianugerahkan kepada Fareth Agang dan Pembantu Lelaki Terbaik kepada Shahmiey Odd.

Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang menampilkan 9 kumpulan yang mengambil bahagian untuk merebut kejuaraan. Johan disandang oleh UiTM Pulau Pinang dengan karya 'Zulaikha' manakala tempat ketiga dimenangi oleh Gasewap Penang dengan karya 'Tamu Dari Medan Perang'.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1448

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024